RSS

betul ke?


ummi nuur, betul ke bangau yg hantar ayyad kpd mama dan abah?

read comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

jusco


assalamualaikum...

ayyad jalan2 ke jusco perda..


dgn mama, abah, ummi nuur, tok mama, tok baba.

pergi makan steam boat.
tengok tu.. tingginya piring2...
tp ayyad boring..
ayyad tak tahan pedas.
tak tahan panas.
mana boleh ayyad makan semua tu..?


baring2 kat sini,
macam best jugak.


main main dengan buku2. pun jadilah

tok baba, ayyad nak order ni, boleh?


ummi nuur : afham muayyad meragam. boring tnggu kami makan agaknya. :P

read comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kena marah.

afham muayyad kena marah dengan abah..
sebab malam sebelumnya afham x nak tidur.
end up mama dan abah tak dapat tidur semalaman.

afham sudah faham waktu bila abahnya marah.
afham duduk di sudut kerusi. jauh dari abahnya. :P
tak nangis, cuma duduk diam. sbb afham faham yang dia buat kesalahan.
sebab tu afham tak nangis.

kesian ummi nuur tengok.. hehe..

tengok tu seriusnya abah..


cubaan menggoda dan memujuk abah. :P


bila ummi nuur duduk dekat sofa, afham datang hampiri ummi nuur.
merengek, mengadu agaknya.
minta dukung.
tapi bila abahnya sound sikit, terus afham senyap, dan terduduk lagi di bucu sofa.
muka dah nampak lain.
muka tahan nangis. heheeee...




muke tahan nangis.

lama jugak afham menyembamkan muka. merajuk agaknya.


alala.. kesiannya sayang ummi nuur ni.
lain kali, awak janganlah nakal nakal lagi.
kesian kat abah dgn mama penat tu..

:)


read comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

random

random pic of afham muayyad.
uploading just for the sake of tanter yang nak sgt tgk afham.

:)





afham suke betul dengan segala jenis traktor and kereta and bas.


nak naik juga traktor tu.. perasan ringan lah awak ni afham :P


:)

read comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kismis

afham muayyad loves kismis. :)
enjoy how he "struggle" to reach some kismis inside a tupperware case.

:P





alhamdulillah, sedapnya.. :)


ummi nuur :
disebabkan awak banyak makan kismis,
maka awak berak pun banyak. ummi nuur yang kena basuh. huuu..

read comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

^_^


alhamdulillah, akhirnya dapat juga ummi nuur ziarah awak ahad lepas afham muayyad.. :)


alahaii.. kenapa well behaved sgt anak saudara ummi nuur ni?

manja nya jgn nak cerita.
duduk menyendeng kat ummi nuur, makan lasagne yg tok mama buatkan.
duduk bersandar kat pangku ummi nuur, lps tu goyang2 kaki.
sedap betul tgk awak makan.

bila ummi nuur pakaikan pampers, pasrah je.
walhal mama kata, kalau dgn mama dan abah, berlari2 tuhan sahaja yang tahu.


spagetti & cotton candy

afham muayyad tak pernah manak mahupun nampak spegetti.
hari tu mama buat sapegetti mashaAllah, kagum besar afham tgk spegetti panjang.
muncung2 mulut, bulat mata, berbunyi2 "uuuuuuu" mulutnya.
excited dgn benda baru, afham makan spegetti dgn sgt byk!! :P

ummi nuur belikan afham gula gula kapas. cotton candy tu...
bertuahnya afham, afham geli nak pegang cotton candy tu and tak mahu rasa sikit pun.
dicembengnya muka geleng2 kepala tanda tak mahu terima.
nasib la awak afham muayyad. awak tak rasa lagi cotton candy ni..
akhirnya ummi nuur, mama, dan abah afham yang makan cotton candy tu. ^__^

tidur

sebelah malamnya, ummi nuur tidur awal..
yelah, letih pula badan rasanya. esok pagi mahu travel lagi ke bukit jalil kan.
bertuahnya afham, tak bagi ummi nuur tutup pintu.
aiii ummi nak tidur lah afham. malu lah dgn abah awak tuuuu!!
nampak ummi nuur baring nanti.. ~_~

sekali ummi nuur tutup pintu, sekali tu afham menjerit-jerit.
akhirnya ummi nuur tutup lampu, dan menyerah. pintu tak ditutup,
dan ummi nuur tidur dalam keadaan bertudung litup.

cerita mama afham, sepanjang ummi nuur tidur,
sekejap afham mengintai masuk.
pastikan apa yg ummi nuurnya buat.
bila nampak ummi nuur tgh tidur,
afham keluar dari bilik, meletakkan jari di bibirnya, dan mengatakan "syyyhhhh"
sbg tanda minta mamanya diam. ummi nuur tgh tidur.
haha. afham.. afham...
macam2 hal lah awak ni.. :)

muke nakal. tp nakal baik. :P


read comments
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS